Search This Blog

Friday, December 17, 2010

Hold my hand


I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don ’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don ’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let ’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it ’s a daily basic affair
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don ’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let ’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
No matter how far I might be
I ’m always gonne be your neighbor
There ’s only one small planet where to be
So I ’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You ’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let ’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Tuesday, December 14, 2010

Cukuplah bagiku

Hasbi rabbi jalallah mafiqalbi ghairullah nur muhammad sallallah lailahaillallah 3x (cukuplah bagiku hanya mu ALLAH..tiada di hatiku melainkan ALLAH..cahaya MUHAMMAD..pesuruh ALLAH..tiada tuhan melainkan ALLAH).................Zikir hari ini berkaitan cukuplah ALLAH sebagai tuhanku..Aku amat meminati zikir ini..Boleh dikatakan my feveret zikir lah..Lepas maghrib and waktu subuh paling best mengalunkannya smpai tak terasa bercucuran air mata..Zikir mana manapun serupa asalkan istiqamah dan bersungguh sungguh mengalunkannya..Assalamualaikum

Monday, December 13, 2010

Kisah ketua penyamun menjadi wali ALLAH

Al-Fuzail bin Iyaz (Bahagian 1)

Abu Ali al-Fuzail bin Iyaz at-Talaqani dilahirkan di Khurasan. Diriwayatkan bahawa sewaktu meningkat remaja, Fuzail adalah seorang pencuri. Setelah bertaubat, Fuzail pergi ke Kufah kemudian ke Makkah, di mana ia tinggal beberapa tahun lamanya hingga wafatnya pada tahun 187H/803M. Nama Fuzail cukup terkenal sebagai seorang ahli hadis, dan keberaniannya berdakwah kepada Harun ar-Rasyid menjadi sebutan orang.

Fuzail penyamun dan kisah taubatnya

Sewaktu masih remaja, Fuzail mendirikan khemah di tengah-tengah padang pasir, iaitu antara Merv dan Bawar. Jubahnya dibuat dari bahan kasar, topinya dibuat dari bulu kambing, dan di lehernya sentiasa tergantung sebuah tasbih. Fuzail mempunyai ramai kawan yang semuanya terdiri dari pencuri dan penyamun. Siang dan malam mereka merompak, membunuh dan membawa hasil rampasan mereka kepada Fuzail kerana ia adalah ketua mereka. Fuzail mengambil sesuatu yang disukainya, sesudah itu membahagi-bahagikan selebihnya kepada semua sahabatnya. Ia selalu ingat tentang sesuatu dan tidak pernah lupa dari pertemuan-pertemuan mereka. Setiap anggota baru yang sekali saja tidak menghadiri pertemuan, Fuzail akan mengeluarkannya dari kumpulan mereka.

Suatu hari sebuah kafilah yang besar melalui daerah mereka. Fuzail dan sahabat-sahabatnya telah menunggu kedatangan kalifah tersebut. Di dalam rombongan itu ada seorang lelaki yang pernah mendengar desas-desus mengenai perompak ini. Ketika ia terlihat kumpulan perompak itu dari jauh, ia pun berfikir, bagaimanakah ia harus menyembunyikan sebekas emas yang dimilikinya.

“Bekas emas ini akan kusembunyikan,” ia berkata di dalam hati. “Dengan demikian jika para perompak menyamun rombongan ini, aku masih mempunyai modal untuk dipusingkan.”

Ia menyimpang ke jalan raya. Kemudian ia melihat sebuah khemah dan dekat khemah itu ada seorang yang wajah dan pakaiannya seperti seorang petapa. Maka bekas emas itu pun diberikannya kepada orang itu yang sebenarnya adalah Fuzail sendiri.

“Simpan bekasmu itu di sudut khemahku,” Fuzail berkata kepadanya. Lelaki itu melakukan seperti yang dikatakan Fuzail. Kemudian ia kembali ke rombongannya, tetapi ternyata mereka telah disamun oleh Fuzail. Semua barang dagangan mereka telah dirampas manakala kaki dan tangan mereka diikat. Lelaki itu membuka ikatan tersebut. Setelah mengumpulkan harta benda mereka yang masih tinggal, mereka pergi dari tempat kejadian itu. Lelaki tadi kembali ke khemah Fuzail untuk mengambil emasnya. Ia melihat Fuzail sedang berkumpul dengan perompak-perompak tadi dan membahagi-bahagikan harta rampasan mereka.

“Celaka, ternyata aku telah memberi emasku kepada seorang penyamun,” lelaki itu mengeluh.

Tetapi Fuzail tiba-tiba memanggilnya dan ia datang menghampiri.

“Apakah yang engkau mahu,” lelaki itu bertanya kepada Fuzail.

“Ambillah barangmu dari tempat tadi dan setelah itu tinggalkan tempat ini.”

Lelaki itu segera berlari ke khemah Fuzail, mengambil emasnya dan meninggalkan tempat itu.

Dalam keadaan kehairanan, kawan-kawan Fuzail berkata: “Dari setiap kafilah itu kita tidak mendapatkan satu dirham pun di dalam bentuk tunai, tetapi mengapa engkau mengembalikan sepuluh ribu dirham itu kepadanya?”

Fuzail menjawab: “Ia telah mempercayaiku seperti aku mempercayai Allah akan menerima taubatku nanti. Aku hargai kepercayaannya itu agar Allah menghargai kepercayaanku pula.”

Pada hari lain mereka merompak sekumpulan kafilah lagi dan merampas harta benda mereka. Ketika sahabat-sahabat Fuzail sedang makan, seorang anggota kafilah itu datang menghampiri mereka dan bertanya: “Siapakah pemimpim kamu?”

Salah seorang perompak itu menjawab: “Ia tidak ada di sini. Ia sedang solat di sebalik pokok yang terletak di pinggir sungai itu.”

“Tetapi sekarang ini belum tiba waktunya untuk solat,” lelaki itu berkata.

“Ia sedang melakukan solat sunat,” salah seorang di antara penyamun-penyamun itu menjelaskan.

“Dan ia tidak makan bersama-sama dengan kamu?” lelaki itu bertanya lagi.

“Ia sedang puasa,” jawab salah seorang.

“Tetapi sekarang ini bukan bulan Ramadhan?”

“Ia sedang puasa sunat.”

Dengan merasa sangat hairan lelaki tadi menghampiri Fuzail yang sedang kusyuk mengerjakan solat. Setelah selesai solatnya ia berkata kepada Fuzail: “Ada sebuah peribahasa yang mengatakan, hal-hal yang bertentangan tidak dapat disatukan. Bagaimanakah mungkin seseorang berpuasa yang merompak , solat tetapi membunuh orang muslim pada waktu yang sama?”

“Apakah engkau memahami al-Quran?” Fuzail bertanya kepadanya.

“Ya,” jawab lelaki itu.

“Tidakkah Allah Yang Maha Berkuasa berkata: Orang-orang lain telah mengakui dosa-dosa mereka dan mencampuradukkan perbuatan-perbuatan yang baik dengan perbuatan-perbuatan yang jahat?”

Lelaki itu terdiam tidak berkata apa-apa.

Orang-orang mengatakan bahawa pada dasarnya Fuzail adalah seorang yang berjiwa pahlawan dan berhati mulia. Apabila di dalam kafilah terdapat seorang wanita, maka barang-barang wanita itu tidak diusiknya. Begitu juga harta-benda orang yang miskin tidak akan dirampas oleh Fuzail. Untuk setiap korbannya, ia selalu meninggalkan sebahagian dari harta bendanya yang dirampas. Sebenarnya semua kecenderungan Fuzail menghala ke arah perbuatan yang baik.

Pada awal sikap jahatnya, Fuzail tergila-gila kepada seorang wanita. Fuzail selalu menghadiahkan hasil rampasan kepada kekasihnya itu. Kerana terlalu cinta Fuzail sering memanjat dinding rumah wanita itu tanpa peduli keadaan cuaca yang bagaimana pun. Ketika berbuat begitu, ia selalu menangis.

Suatu malam, ketikia ia sedang memanjat rumah kekasihnya itu, lalu sebuah kafilah dan di antara mereka ada yang membacakan ayat yang berbunyi “Belumkah tiba masanya hati orang-orang yang percaya merendah diri untuk mengingat Allah?”

Ayat ini bagaikan anak panah menembus jantung Fuzail, seolah-olah suatu ingatan kepadanya: “Wahai Fuzail, berapa lama lagikah engkau akan menyamun para kafilah? Telah tiba masanya kami akan menyamunmu pula!”

Fuzail terjatuh dan berkata: “Memang telah tiba masanya, malah hampir terlewat!”

Fuzail merasa bingung dan malu. Ia berlari ke arah sebuah bukit. Ternyata di situ sebuah kafilah sedang berkhemah. Mereka berkata: “Marilah kita meneruskan perjalanan.” Tetapi salah seorang daripada mereka melarang: “Jangan, Fuzail sedang menanti dan akan menghalang kita.”

Mendengarkan kata-kata mereka itu Fuzail berkata: “Berita gembira! Fuzail telah bertaubat!”

Setelah berkata begitu ia pun pergi. Sepanjang hari ia berjalan sambil menangis. Hal ini sangat menggembirakan orang-orang yang membenci dirinya. Kepada setiap orang di antara sahabat-sahabatnya, Fuzail meminta supaya janji setia di antara mereka diputuskan. Akhirnya hanya tinggal seorang Yahudi di Baward. Fuzail meminta supaya janji setia di antara mereka berdua diputuskan tetapi Yahudi itu tidak mahu.

“Sekarang kita dapat mempermain-mainkan pengikut Muhammad.” Yahudi itu berbisik kepada teman-temannya sambil ketawa.

“Jika engkau menginginkan aku memutuskan janji setia yang telah kita ikrarkan itu, maka ratakanlah bukit itu.” Yahudi itu berkata kepada Fuzail sambil menunjukkan ke arah sebuah bukit pasir. Bukit itu tidak mungkin dapat dipindahkan oleh seorang manusia, kecuali mengambil masa yang lama. Fuzail yang malang itu mula mencangkul bukit itu sedikit demi sedikit, tetapi bagaimanakah tugas tersebut dapat diselesaikan? Pada suatu pagi, ketika Fuzail dalam keadaan keletihan, tiba-tiba datang angin kencang yang meniup bukit pasir tersebut sehingga rata. Setelah melihat betapa bukit pasir itu telah menjadi rata Yahudi itu merasa sangat hairan dan berkata kepada Fuzail: “Sesungguhnya aku telah bersumpah, bahawa aku tidak akan memutuskan janji setia kita sebelum engkau memberikan wang kepadaku. Oleh itu masuklah ke dalam rumahku, ambil segenggam wang emas yang terletak di bawah permaidani dan berikan kepadaku. Dengan begitu sumpahku akan dipenuhi dan janji setia di antara kita dapat diputuskan.”

Fuzail masuk ke dalam rumah orang Yahudi itu. Sesungguhnya Yahudi itu telah menaruh selonggok tanah di bawah permaidani itu. Tetapi ketika Fuzail meraba ke bawah permaidani itu dan menarik tangannya keluar, ternyata yang didapatinya adalah segenggam penuh dinar emas. Dinar-dinar emas ini diserahkannya kepada orang Yahudi itu.

“Islamkan aku!” Yahudi itu berkata kepada Fuzail.

Fuzail mengislamkannya dan ia jadilah seorang muslim.

Kemudian Yahudi itu berkata kepada Fuzail: “Tahukah engkau mengapa aku mahu memeluk Islam? Dulu aku masih ragu, yang manakah agama yang benar. Aku pernah membaca di dalam Taurat: “Jika seseorang yang benar-benar bertaubat, kemudian meletakkan tangannya ke atas tanah, maka tanah itu akan berubah menjadi emas.” Sesungguhnya di bawah permaidani tadi telah kuletak sedikit tanah untuk membuktikan taubatmu. Dan ketika tanah itu berubah menjadi emas kerana tersentuh oleh tanganmu, tahulah aku engkau benar-benar telah bertaubat dan bahawa agamamu adalah agama yang benar.”

Permulaan hidup baru Fuzail

Fuzail memohon kepada seseorang: “Demi Allah, ikatlah kakiku dan tanganku, kemudian bawalah aku ke hadapan sultan agar ia mengadiliku kerana berbagai kejahatan yang pernah kulakukan.”

Orang itu memenuhi permohonan Fuzail. Ketika sultan melihat Fuzail, terlihat olehnya tanda-tanda manusia berbudi pada dirinya.

“Aku tidak dapat mengadilinya.” Sultan berkata. Kemudian ia memerintahkan Fuzail dihantar pulang dalam keadaan baik. Ketika sampai di rumahnya Fuzail menangis dengan suara yang lantang.

“Dengarlah Fuzail yang sedang menangis dengan suara yang lantang begitu! Mungkin ia sedang diseksa,” orang-orang berkata.

“Memang benar, aku sedang diseksa!” Fuzail menjawab.

“Apa yang dipukul?” mereka bertanya.

“Batinku!” jawab Fuzail.

Kemudian Fuzail menjumpai isterinya. “Isteriku,” katanya. “Aku akan pergi ke rumah Allah. Jika engkau suka, engkau akan kubebaskan.”

Tetapi isterinya menjawab: “Aku tidak mahu berpisah dari sisimu. Ke mana pun engkau pergi aku akan bersamamu.”

Maka berangkatlah mereka ke Makkah. Allah Yang Maha Kuasa telah menyenangkan perjalanan mereka. Di kota Mekah mereka tinggal dekat Kaabah dan dapat bertemu dengan beberapa orang soleh. Untuk beberapa lama Fuzail bergaul rapat dengan imam Abu Hanifah. Dan mengenai kekerasan disiplin diri Fuzail telah banyak kisahnya yang ditulis orang. Di kota Makkah ini terbukalah kesempatan Fuzail untuk berkhutbah dan penduduk kota sentiasa datang beramai-ramai untuk mendengarkan kata-katanya. Nama Fuzail sentiasa menjadi sebutan di seluruh pelosok dunia, sehingga sanak keluarganya meninggalkan Bavard menuju ke Makkah untuk menemuinya. Mereka mengetuk pintu rumah Fuzail namun Fuzail tidak menjawab. Mereka tidak mahu meninggalkan tempat itu, maka naiklah Fuzail ke atap rumahnya dan dari sana ia berseru kepada mereka: “Wahai penganggur-penganggur, semoga Allah memberikan pekerjaan kepada kamu!”

Berkali-kali Fuzail mengucapkan kata-kata yang pedas seperti itu sehingga semua sanak keluarganya menangis. Akhirnya kerana putus asa untuk dapat berbual dengan Fuzail, mereka pun meninggalkan tempat itu. Fuzail masih tetap di atas atap rumah dan tidak mahu membukakan pintu rumahnya.

Fuzail dengan Khalifah Harun ar-Rasyid

Pada suatu malam, Harun ar-Rasyid memanggil Fazl Barmesid, salah seorang di antara pengawal kesayangannya. Harun ar-Rasyid berkata kepada Fazl: “Malam ini bawalah aku kepada yang boleh menunjukkan kapadaku siapakah aku ini sebenarnya. Aku telah jemu dengan segala kebesaran dan kebanggaan.”

Fazl membawa Harun ar-Rasyid ke rumah Sufyan al-Uyaina. Mereka mengetuk pintu dan dari dalam Sufyan menyahut: “Siapakah itu?”

“Pemimpin kaum Muslimin,” jawab Fazl.

Sufyan berkata: “Mengapa sultan mahu menyusahkan diri. Mengapa tidak diberitahu sahaja padaku sehingga aku datang sendiri menemuinya?”

Mendengar ucapan tersebut Harun ar-Rasyid berkata: “Ia bukan orang yang kucari. Ia pun mengagungkanku seperti orang lain.”

“Jika demikian, Fuzail bin ‘Iyaz adalah orang yang engkau cari. Pergilah kepadanya.” Kemudian Sufyan membacakan ayat: “Apakah orang-orang yang perbuat aniaya menyangka bahawa Kami akan menyamakan mereka dengan orang-orang yang beriman serti melakukan perbuatan-perbuatan yang soleh?”

Harun ar-Rasyid mengatakan: “Seandainya aku menginginkan nasihat-nasihat yang baik nescaya ayat itu telah mencukupi.”

Kemudian mereka mengetuk pintu rumah Fuzail. Dari dalam Fuzail bertanya: “Siapakah itu?”

“Pemimpin kaum Muslimin,” jawab Fazl.

“Apakah urusannya dengan aku dan apakah urusanku dengan dia?” tanya Fuzail.

“Bukankah suatu kewajipan untuk mematuhi orang yang memegang kuasa?” sela Fazl.

“Jangan kamu menggangguku,” seru Fuzail.

“Perlukah aku menolak pintu dengan kekuasaanku sendiri atau dengan perintah sultan?” tanya Fazl.

“Tidak ada sesuatu hal yang disebut kekuasaan,” jawab Fuzail. “Jika engkau secara paksa menceroboh masuk, engkau tahu apa yang engkau lakukan.”

Harun ar-Rasyid melangkah masuk, Begitu Harun menghampirinya, Fuzail meniup lampu sehingga padam agar ia tidak dapat melihat wajah sultan. Harun ar-Rasyid menghulurkan tangannya dan disambut oleh tangan Fuzail yang kemudian berkata: “Betapa lembut dan halus tangan ini! Semoga tangan ini terhindar dari api neraka!”

Setelah berkata demikian Fuzail berdiri dan berdoa. Harun ar-Rasyid meresa hatinya sangat tersentuh dan tidak dapat menahan tangisannya.

“Katakanlah sesuatu kepadaku,” Harun bermohon kepada Fuzail.

Fuzail mengucapkan salam kepadanya dan berkata: “Sebelum ini, bapa saudara Nabi Muhammad, pernah meminta kepada beliau: “Jadikanlah aku pemimpin bagi sebahagian umat manusia.” Nabi menjawab: “Pak cik, untuk sesaat aku pernah mengangkatmu menjadi pemimpim dirimu sendiri.” Dengan jawapan ini yang dimaksudkan Nabi adalah: Sesaat mematuhi Allah adalah lebih baik daripada seribu tahun dipatuhi oleh manusia. Kemudian Nabi menambah lagi: “Kepimpinan akan menjadi penyesalan pada hari kebangkitan nanti.”

“Ceritakanlah,” Harun ar-Rasyid meminta.

“Ketika diangkat menjadi khalifah, Umar bin Abdul Aziz memanggil Salim bin Abdullah, Raja’ bin Hayat, dan Muhammad bin Kaab. Umar berkata kepada mereka: “Hatiku sangat gelisah kerana ujian ini. Apakah yang harus kulakukan? Aku tahu bahawa kedudukan yang tinggi ini adalah satu ujian walaupun orang-orang lain menganggapnya sebagai satu kurnia. Salah seorang di antara ketiga sahabat Umar itu berkata: “Jika engkau ingin terlepas dari hukuman Allah di akhirat nanti, pandanglah setiap Muslim yang lanjut usia sebagai ayahmu sendiri, setiap Muslim yang masih kanak-kanak sebagai anakmu sendiri, dan perlakukanlah mereka sebagaimana seharusnya seorang memperlakukan ayahnya, saudaranya dan anak-anaknya.”

“Ceritalah lagi,” Harun ar-Rasyid meminta.

“Anggaplah negeri Islam sebagai rumahmu sendiri dan penduduknya sebagai keluargamu sendiri. Ziarahilah ayahmu, hormatilah saudaramu dan bersikap baiklah kepada anakmu. Aku sayangkan jika wajahmu yang tampan ini akan terbakar hangus di dalam neraka. Takutilah Allah dan taatilah perintah-perintah-Nya. Berhati-hatilah dan bersikaplah secara bijaksana, kerana pada hari Akhirat nanti Allah akan meminta apa yang dipertanggungjawabkan olehmu sehubungan dengan setiap Muslim dan Dia akan memeriksa apakah engkau telah berlaku adil kepada setiap orang. Apabila ada seorang wanita uzur yang tertidur dalam keadaan lapar, di hari Akhirat nanti ia akan menarik pakaianmu dan akan memberikan kesaksian yang akan memberatkan dirimu.”

Harun ar-Rasyid menangis dengan sangat kuatnya sehingga nampak ia akan jatuh pengsan. Melihat hal ini wazir Fazl menyentak Fuzail: “Cukup! Engkau telah membunuh pemimpin kaum Muslimin.”

“Diamlah Hamam! Engkau dan orang-orang yang engkau inilah yang telah menjerumuskan dirinya, kemudian engkau katakan aku yang membunuhnya. Apakah yang kulakukan ini suatu pembunuhan?”

Mendengar kata-kata Fuzail ini tangisan Harun ar-Rasyid semakin menjadi-jadi. “Ia menyebutmu Hamam,” kata Harun ar-Rasyid memandang Fazl. “Kerana ia menyamakan diriku dengan Firaun.”

Kemudian Harun bertanya kepada Fuzail: “Apakah engkau mempunyai hutang yang belum dijelaskan?”

“Ya,” jawab Fuzail. “hutang kepatuhan kepada Allah. Seandainya Dia memaksaku untuk menjelaskan hutang ini celakalah aku!”

“Yang kumaksudkan adalah hutang kepada manusia, Fuzail,” Harun menegaskan.

“Aku bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepadaku sedemikian banyaknya rezeki sehingga tidak ada keluh-kedah yang harus kusampaikan kepada hamba-hamba-Nya.”

Kemudian Harun ar-Rasyid menaruh sebuah bekas yang berisi seribu dinar di hadapan Fuzail sambil berkata: “Ini adalah wang halal yang diwariskan oleh ibuku.”

Tetapi Fuzail mengutuknya: “Wahai pemimpim kaum Muslimin, nasihat-nasihat yang kusampaikan kepadamu ternyata tidak ada faedahnya. Bahkan engkau telah memulakan lagi perbuatan salah dan mengulangi kezaliman.”

“Apakah perbuatan yang salah telah kulakukan?” tanya Harun ar-Rasyid.

“Aku menyerumu ke jalan keselamatan tetapi engkau menjerumuskan aku ke dalam godaan. Bukankah hal itu suatu kesalahan? Telah kukatakan kepadamu, kembalikanlah segala sesuatu yang ada padamu kepada pemiliknya yang berhak. Tetapi engkau memberikannya kepada yang tidak patut menerimanya. Aku memberi nasihat kepadamu tanpa mengenakan sedirham pun.”

Setelah berkata demikian, Fuzail berdiri dan melemparkan wang-wang emas itu keluar.

“Benar-benar seorang manusia yang hebat!” Harun ar-Rasyid berkata ketika ia meninggalkan rumah Fuzail. “Sesungguhnya Fuzail adalah seorang raja bagi umat manusia. Ia sangat alim dan dunia ini terlalu kecil pada pandangannya.”

Fuzail bersama anaknya

Suatu hari Fuzail memangku anak yang berumur empat tahun. Tanpa disengaja bibir Fuzail menyentuh pipi anak itu sebagaimana yang sering dilakukan seorang ayah kepada anaknya.

“Apakah ayah cinta kepadaku?” anak itu bertanya kepada Fuzail.

“Ya,” jawab Fuzail.

“Apakah ayah cinta kepada Allah?”

“Ya.”

“Berapa banyakkah hati yang ayah miliki?”

“Satu,” jawab Fuzail.

“Dapatkah ayah mencintai dua hal dengan satu hati,” anaknya meneruskan pertanyaannya.

Fuzail sedar bahawa yang berkata-kata itu bukanlah anaknya sendiri. Sesungguhnya kata-kata itu adalah petunjuk dari Ilahi. Kerana takut dimurkai Allah, Fuzail memukul-mukul kepalanya sendiri dan memohon ampun kepada-Nya. Ia memutuskan kasih sayang kepada si anak kemudian dicurahkan kepada Allah semata-mata.

Fuzail dengan jemaah di Arafah

Pada suatu hari Fuzail sedang berada di Padang Arafah. Semua jemaah yang berada di sana menangis, meratap, menyerahkan diri dan memohonkan ampun dengan segala kerendahan hati.

“Maha Besar Allah!” seru Fuzail. “Jika manusia ramai ini secara serentak menghadap kepada seseorang dan mereka semua meminta sekeping wang perak kepadanya, apakah yang dilakukannya? Apakah orang itu akan mengecewakan manusia-manusia yang banyak ini?”

“Tidak!” orang ramai menjawab.

“Jadi,” Fuzail melanjutkan. “Sudah tentu bagi Allah Yang Maha Besar untuk mengampunkan kita semua adalah lebih mudah dari orang tadi untuk memberikan sekeping wang perak. Dia adalah Yang Maha Kaya di antara yang kaya dan kerana itu sangat besar harapan kita bahawa Dia akan mengampunkan kita semua.”

Fuzail mendoakan anaknya

Putera Fuzail menderita penyakit susah hendak buang air kecil. Fuzail mendekati anaknya dan mengangkat kedua tangannya sambil berdoa: “Ya Allah, dengan cintaku kepada-Mu sembuhkanlah ia dari penyakit ini.”

Belum sempat Fuzail bangkit dari duduknya anaknya telah segar bugar kembali.

Doa Fuzail

Di dalam doanya Fuzail sering mengucapkan: “Ya Allah, ampunilah aku kerana Engkau Maha Tahu bahawa aku telah bertaubat. Dan janganlah Engkau menghukumku kerana Engkau Maha Berkuasa atas diriku.” Kemudian ia melanjutkan: “Ya Allah, Engkau telah membuatku lapar dan telah membuat anak-anakku lapar. Engkau telah membuatku telanjang dan telah memberikan pelita kepadaku apabila hari telah gelap. Semua ini Engkau lakukan terhadap sahabat-sahabat-Mu. Kerana keluhuran hatinya, apakah Fuzail telah menerima kehormatan-Mu ini?”

Putera Fuzail meninggal dunia

Selama tiga puluh tahun tidak seorang pun pernah melihat Fuzail tersenyum kecuali ketika puteranya meninggal dunia. Pada waktu itulah orang-orang melihat Fuzail tersenyum. Seorang dari mereka menegurnya: Fuzail, mengapakah engkau tersenyum di saat yang seperti ini?”

“Aku menyedari bahawa Allah menghendaki agar anakku mati. Aku tersenyum kerana kehendak-Nya telah terlaksana,” jawab Fuzail.

Fuzail meninggal dunia

Fuzail mempunyai dua orang anak perempuan. Menjelang akhir hayatnya Fuzail menyampaikan wasiat terakhir kepada isterinya: “Apabila aku mati bawalah anak-anak kita ke gunung Jabal Qubais. Di sana hadapkanlah wajahmu dan berdoalah kepada Allah: “Ya Allah, Fuzail menyuruhku untuk menyampaikan pesanannya kepada-Mu: ketika dia hidup kedua anak-anak tidak berdaya ini telah kulindungi dengan sebaik-baiknya. Tetapi setelah Engkau mengurungku di dalam kubur, mereka kuserahkan kepada-Mu kembali.”

Setelah Fuzail dikembalikan, isterinya melakukan seperti yang dipesankan kepadanya. Ia pergi ke puncak gunung Abu Qubais membawa kedua anak perempuannya. Kemudian ia berdoa kepada Allah sambil menangis dan meratap. Kebetulan pada saat itu seorang Raja dari negeri Yaman bersama kedua puteranya melalui tempat itu. Menyaksikan mereka yang menangis dan meratap, Raja itu bertanya: “Apakah kemalangan yang telah menimpa diri kamu?”

Isteri Fuzail menerangkan keadaan mereka. Kemudian Raja berkata: “Jika kedua puterimu kuambil untuk kedua puteraku ini dan tiap-tiap seorang mereka kuberikan sepuluh ribu dinar sebagai mas kahwinnya, apakah engkau merasa senang hati?”

“Ya,” jawab si ibu.

Raja itu segera mempersiapkan usungan, permaidani-permaidani dan kain dari benang emas kemudian membawa ibu itu beserta kedua puterinya ke negeri Yaman.

For the rest of mylife



I praise Allah for sending meyou my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records
2009

Sunday, December 12, 2010

Pasal blogging

Berblogging amat menyeronokkan..Disamping dapat menyampaikan apa yg ada di dalam dada kita..Ia juga boleh menjadi satu jalan dakwah yg baru :)

Existance of god


Chance Or Intelligence ? This Universe indeed displays a remarkable vista of order and consistency.
We can observe, for example, the great regularity with which the celestialbodies follow precise orbits, and marvel at the way in which water from the seas is brought to the land by wind- driven clouds, which are in turn formed by the evaporation of water: without this replenishment, life would be impossible. We are also amazed by the migration patterns of many species, including newborn eels that trek through thousands of miles of ocean, to nestle in their own local streams, and of bees, who use sunlight for navigation in their quest for nectar. We may ponder as to why all living things exist in pairs, and contemplate on the optimality of the processes which comprise the whole universe. Even incredibly minute changes would disrupt the balances in nature. After all, had the earth’s orbit been slightly offset in either direction, water and the resulting forms of life would not have emerged. In fact, we observe great unity in the laws of the cosmos; through the spectrum of life and non-life ranging from the microcosmic subatomic particles to the macrocosmic expanse of the universe itself, integration is manifested on every level. Reflection may lead us to pertinent questions: Could
such encompassing order have arisen purely by unintentional accident? Or could there be an intelligent
Originator to this spectacular array of living and non-living forms -a designer that may have developed them through processes which have yet to be fully determined? What conclusions are evidential? Is it probable that all the letters on this page unscrambled themselves by chance to form these meaningful and structured sentences? How then, could a human being - with ears, eyes and a mind - have been formed by chance? Is it
credible that such a vast universe with inestimable billions of galaxies could have evolved by accident? Does
not the integration and complexity of a single cell far exceed that of a mere piece of paper with some
intelligible writing on it, let alone this universe and all that it contains? (Especially since the universe also
contains this piece of paper..!) We know that we are not the cause of ourselves, for embryonic development is organized and directed in stages under natural laws. But directed by what and by whose laws? Chance? Or Intelligence? What about a multiplicity of infinite beings? Could such have been responsible for this
cosmological fabrication? Would not the resulting state of this universe have then been disordered and chaotic due to the conflicting commands of these infinitely powerful entities, who would have been trying to accede to the throne of authority in rivalry? Indeed, in such a regime, we would expect to see inconsistency in the universe as opposed to consistency. Instead of rain, we might conceivably have received a heavy downpour of elephants from the skies. (An umbrella would certainly not be terribly useful in such a universe!) Such a scenario would also give rise to the question: which of the infinite beings came first? And why? On the other hand, if such a multiplicity of infinite beings were in perfect agreement for all time, then there would not be any need for more than one - nor is there any evidence. If our response to the chance (unintentional creation) and multiplicity (creation by two or more beings) hypotheses is negative, then our answer
has to lie between zero and two. In other words, there can only be one unique governing intelligence - unique by the virtue of having no demigods, intermediaries, mystical incarnate beings, or any other human or nonhuman associates. This vast singular intelligence, then, must have created and developed all living and non- living things, as well as space-time itself, and must therefore be independent of it. If this is our conclusion, then it means that the myriad forms of matter and energy as well as the physiological structure of the human being must be subject to the natural laws of this singular and independent governing intelligence. In addition to this involuntary physiological dependence of human beings to the prescribed natural laws, we
are also endowed with a mind which has the capacity to voluntarily question and reason. A reasoning person
would be naturally drawn to the logical conclusion of the existence of a unique originator, and therefore of a
meaningful purpose to this existence. Such a person would live with this awareness, in peace with himself or herself and the rest of nature. Indeed reasoning people live, and have been living throughout the ages in all parts of the world. They can be found dwelling in the midst of exuberant jungles or in our large, populous and crowded cities. What would distinguish such individuals would be the employment of reason as a foundation for life. If such a people are to be given a name which linguistically denotes 'voluntary peaceful submission' to this unique Intelligence, and which includes all of these attributes, a suitable term in one language would be the word Muslim.


Introduction to islam

 What is Islam?: The name of the religion is Islam, which comes from an Arabic root word meaning "peace" and "submission." Islam teaches that one can only find peace in one's life by submitting to Almighty God (Allah) in heart, soul and deed. The same Arabic root word gives us "Salaam alaykum," ("Peace be with you"), the universal Muslim greeting. Who is a Muslim?: A person who believes in and consciously follows Islam is called a Muslim, also from then same root word. So, the religion is called "Islam," and a person who believes in and follows it is a "Muslim." What is the difference between Muslim, Moslem and Islamic? How Many and Where?: Islam is a major world religion, with over 1 billion followers worldwide (1/5 of the world population). It is considered one of the Abrahamic, monotheistic faiths, along with Judaism and Christianity. Although usually associated with the Arabs of the Middle East, less than 10% of Muslims are in fact Arab.
Muslims are found all over the world, of every nation, color and race. Muslim population of the world Who is Allah?: Allah is the proper name for Almighty God, and is often translated merely as "God." Allah has other names that are used to describe His characteristics: the Creator, the Sustainer, the Merciful, the Compassionate, etc. Muslims believe that since Allah alone is the Creator, it is He alone that deserves our devout love and worship. Islam holds to a strict monotheism. Any worship and prayers directed at saints,
prophets, other human beings or nature is considered idolatry. More about the nature of God
"Names" of Allah What do Muslims believe about God, prophets, the afterlife, etc.?: The basic beliefs of Muslims fall into six main categories, which are known as the "Articles of Faith": Faith in the unity of God Faith in angels Faith in prophets Faith in books of revelation Faith in an afterlife Faith in destiny/divine decree The "five pillars" of Islam: In Islam, faith and good works go hand-in-hand. A mere verbal declaration of faith is not enough, for belief in Allah makes obedience to Him a duty. The Muslim concept of worship is very broad. Muslims consider everything they do in life to be an act of worship, if it is done according to Allah's guidance. There are also five formal acts of worship which help strengthen a Muslim's faith and obedience. They are often called the "Five Pillars of Islam." Testimony of faith (Kalima) Prayer (Salat) Almsgiving (Zakat) Fasting (Sawm) Pilgrimage (Hajj) Daily life as a Muslim: While often seen as a radical or extreme religion, Muslims consider Islam to be the middle road. Muslims do not live life with complete disregard for God or religious matters, but nor do they neglect the world to devote themselves solely to worship and prayer. Muslims strike a balance by fulfilling the obligations of and enjoying this life, while always mindful
of their duties to Allah and to others. Morals and manners Business ethics Modesty in dress and behavior
Dietary rules Marriage Care of children and elderly Racism and prejudice Relations with non-Muslims


Adab membaca AL QURAN

WAJIB bagi kita menghalalkan
apa yang dihalalkan al-Quran
dan mengharamkan apa yang
diharamkannya. Diwajibkan
pula beradab dengannya dan
berakhlak terhadapnya.
Ketika membaca al-Quran,
seorang Muslim perlu
memperhatikan adab berikut
untuk mendapatkan
kesempurnaan pahala dalam
membacanya.
- Membacanya dalam keadaan
sempurna, suci daripada najis
dan dengan duduk yang sopan
dan tenang. Dianjurkan agar
pembaca berada dalam
keadaan suci.
Imam Haromain berkata:
"Orang yang membaca al-
Quran dalam keadaan najis, dia
tidak dikatakan mengerjakan
hal yang makruh akan tetapi
dia meninggalkan sesuatu
utama".
- Membacanya dengan perlahan
(tartil) dan tidak cepat agar
dapat menghayati ayat yang
dibaca.
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “Siapa saja yang
membaca al-Quran (khatam)
kurang dari tiga hari, bererti
dia tidak memahami. ” (Hadis
Riwayat: Ahmad dan penyusun
Kitab Sunan)
Sebahagian kelompok daripada
generasi pertama membenci
pengkhataman al-Quran sehari
semalam berdasarkan hadis di
atas. Rasulullah memerintahkan
Abdullah Ibnu Umar untuk
mengkhatamkan al-Quran
setiap satu minggu (tujuh hari)
(Muttafaq Alaih). Ini dilakukan
Abdullah bin Mas ’ud, Uthman
bin Affan, Zaid bin Tsabit.
Mereka mengkhatamkan al-
Quran sekali dalam seminggu.
- Membaca al-Quran secara
khusyuk dengan menangis
kerana sentuhan pengaruh ayat
yang dibaca yang menyentuh
jiwa dan perasaan.
Dalam hal ini, Rasulullah
bersabda yang bermaksud:
“ Bacalah al-Quran dan
menangislah, apabila kamu
tidak menangis maka usahakan
menangis kerana ayat yang
engkau baca. ” (Hadis Riwayat:
Al-Bazzar)
Allah s.w.t juga menjelaskan
sebahagian daripada sifat
hamba-Nya yang soleh dengan
firman-Nya yang bermaksud:
“ Dan mereka segera tunduk
sujud itu sambil menangis,
sedang Al-Quran menambahkan
mereka khusyuk. ” (Surah Al-
Isra’: Ayat 109)
- Membaguskan suara
membacanya, sebagaimana
sabda Rasulullah yang
bermaksud: “Hiasilah al-Quran
dengan suaramu.” (Hadis
Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah &
Al-Hakim). Dalam hadis lain
dijelaskan: “Tidak termasuk
umatku orang yang tidak
melagukan al-Quran. ” (Hadis
Riwayat: Al-Bukhari dan
Muslim)
Maksud hadis di atas ialah
membaca al-Quran dengan
susunan bacaan yang jelas dan
terang makhroj hurufnya,
panjang pendeknya bacaan,
tidak sampai keluar daripada
ketentuan kaedah Tajwid.
- Membaca al-Quran dimulai
dengan isti ’adzah. Allah
berfirman yang bermaksud:
“ Dan bila kamu akan membaca
al-Quran, maka mintalah
perlindungan kepada Allah
daripada (godaan-godaan)
syaitan yang terkutuk. ” (Surah
An-Nahl: Ayat 98)
- Apabila ayat yang dibaca
dimulai dari awal surah, selepas
isti ’adzah terus membaca
Basmalah dan apabila tidak di
awal surah cukup membaca
isti ’adzah. Khusus untuk surat
At-Taubah, walaupun dibaca
mulai awal surat tidak perlu
membaca Basmalah. Cukup
dengan membaca isti ’adzah
saja.
- Membaca al-Quran dengan
berusaha mengetahui ertinya
dan memahami inti daripada
ayat yang dibaca dengan
beberapa kandungan ilmu yang
ada di dalamnya. Firman Allah
bermaksud: “Maka apakah
mereka tidak memperhatikan
al-Quran, ataukah hati mereka
terkunci ?” (Surah Muhammad:
Ayat 24)
- Membaca al-Quran dengan
tidak mengganggu orang
sedang solat, dan tidak perlu
membacanya dengan suara
yang terlalu keras atau di
tempat yang banyak orang.
Bacalah dengan suara atau
dalam hati secara khusyuk.
Rasulullah bersabda
bermaksud: “Orang yang
terang-terangan (di tempat
orang banyak) membaca al-
Quran, sama dengan orang
yang terang-terangan dalam
sedekah. ” (Hadis Riwayat
Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad)
Dalam hadis lain dijelaskan:
“ Ingatlah bahawa setiap hari
dari kamu munajat kepada
Rabbnya, maka janganlah salah
satu daripada kamu
mengganggu yang lain, dan
salah satu daripada kamu tidak
boleh mengangkat suara atas
yang lain di dalam membaca
(al-Qur'an). ” (Hadis Riwayat:
Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan
Hakim)
Jangan jadikan ibadah yang kita
lakukan sia-sia kerana kita
tidak mengendahkan sunnah
Rasulullah dalam melaksanakan
ibadah membaca al-Quran.
Misalnya, membaca dengan
suara keras pada larut malam,
yang akhirnya mengganggu
orang yang istirahat dan solat
malam.
- Dengarlah bacaan al-Quran.
Jika ada yang membaca al-
Quran, maka dengarlah
bacaannya itu dengan tenang.
Allah berfirman yang
bermaksud: “Dan tatkala
dibacakan al-Quran, maka
dengarlah dan diamlah, semoga
kamu diberi rahmat. ” (Surah Al-
A’raaf: Ayat 204)
- Membaca dengan saling
bergantian. Membaca al-Quran,
boleh dilakukan secara
bergantian dan yang
mendengarnya haruslah dengan
khusyuk dan tenang. Rasulullah
bersabda yang bermaksud:
“ Tidaklah berkumpul suatu
kaum di dalam rumah Allah,
mereka membaca al-Quran dan
saling mempelajarinya kecuali
akan turun atas mereka
ketenangan dan mereka diliputi
oleh rahmat (Allah), malaikat
menyertai mereka, dan Allah
membanggakan mereka di
kalangan (malaikat) yang ada di
sisi-Nya. ” (Hadis Riwayat: Abu
Dawud)
- Melakukan sujud Tilawah
(sujud Sajdah) pada saat selesai
membaca ayat Sajdah, pada
bila-bila masa saja, baik siang
ataupun malam, jika
pembacanya belum batal
daripada wuduk. Tatacara
pelaksanaannya dimulai
daripada takbir, lalu sujud,
kemudian membaca “Subhaana
Rabbiyal A’laa”' (Maha Suci
Rabb-ku Yang Maha Tinggi),
lalu dilanjutkan dengan doa
sujud Tilawah. Selepas itu
bangkit daripada sujud tanpa
takbir dan salam, kerana tidak
ada riwayat daripada Nabi s.a.w
mengenai hal itu, kecuali jika
sujud Tilawah itu dilakukan di
tengah-tengah pelaksanaan
solat, maka ia bertakbir ketika
sujud dan bangkit daripada
sujud.
- Berdoa selepas membaca al-
Quran. Dalam sebuah riwayat
dijelaskan, bahawa sahabat
apabila khatam membaca al-
Quran, mereka berkumpul
untuk berdoa dan
mengucapkan: “Semoga rahmat
turun atas selesainya membaca
al-Quran. ”
Sebuah hadis yang diriwayatkan
daripada Anas bin Malik r.a
dijelaskan bahawa apabila dia
sudah khatam membaca Al-
Quran, dia mengumpulkan
keluarganya dan berdoa. (Hadis
Riwayat: Abu Dawud)
Setiap orang Islam wajib
mengatur hidupnya sesuai
dengan tuntutan al-Quran. Ia
harus dipelihara kesucian dan
kemuliaannya, serta dipelajari
dan difahami ayat-ayatnya.
Pelaksanaan ini adalah sebagai
tanda kita beriman kepada al-
Quran.
SUMBER :
http://www.ipislam.edu.my/

Saturday, December 11, 2010

Mawar berduri



Diriku sudah lama ternanti nanti..menanti untuk melihat kunjungan mawar berduri..diriku ingin mengharapkan satu sahaja daripada dirimu supaya dirimu menjadi seorang insan yang terbaik umpama mawar berduri..mawar berduri itulah ungkapan yang paling indah untuk seorang muslimah.. lindungilah dirimu dengan duri yg berada di sekelilingmu untuk kebaikan dirimu..sungguh ku tahu yang orang lain takkan berjaya memetikmu begitu juga dengan diriku.. lindungilah kecantikan dan perhiasanmu dari pandangan lelaki ajnabi..jadikanlah dunia ini sebagai penjaramu tiba di akhirat sebagai banduan yg tidak mempunyai apa apa kesalahan.. jadilah mawar berduri yang apabila di lihat dapat menyejukkan hati dengan tutupan aurat yang
penuh..siramilah dirimu dengan air sembahyang yang mampu menambahkan seri dimukamu.. sesungguhnya semua lelaki inginkan mawar berduri begitu juga dengan diriku untuk di jadikan pasangan hidup kekal
abadi hingga ke syurga.. kecantikan bunga mawar tetap saja berduri..kenapa sang mawarselalu menjadi
isyarat cinta.. pengertian suatu hakikat yang tidak dapat di ubah itulah kelebihan menjadi seorang insan yang tebaik di dunia ini.. apabila tiba satu ketika saat dirimu berkembang mekar dan bersedia untuk di petik
dengan meminta izin penjaga taman..diriku akan hadir untuk memetikmu dengan tangan kosong untuk membuktikan yang diriku akan berjaya memetikmu walaupun dilukai oleh seribu duri sekalipun kerna aku tahu yang dirimu adalah bungaku dan diriku adalah kumbang milikmu selama lamanya..



SEORANG HAMBA YANG
INGINKAN KEBAIKAN

Paderi dan seluruh orang dalam gereja memeluk ISLAM

Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi- paderi yang hadir. Dia sama- sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam
gereja ini." Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut. Paderi berkata, "Aku akan
mengajukan kepada anda 22  pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah  tanpa ayah Dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan
batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?" "Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?" Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur'an.
- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis.
Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa\ yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara
-Saudara Nabi Yusuf .
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. " Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka
Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al- Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. Paderi dan para hadirin merasa  takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar
menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa
wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! " Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan
jamin keselamatan anda. " Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
"Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang
bertakwa.
(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al- Waqi'ah)


Jagalah semuanya

Apabila kamu makan,jagalah kerongkongmu..Apabila kamu berjalan,jagalah kakimu..Apabila kamu di rumah orang,jagalah pandanganmu..Apabila kamu berada di khalayak,jagalah lisanmu ~LUKMAN HAKIM~  

Thursday, December 9, 2010

entah

Bismillahhirahmannirrahim..first blogging..tidaklah begitu menyeronokkan (-_-')