Search This Blog

Sunday, December 12, 2010

Adab membaca AL QURAN

WAJIB bagi kita menghalalkan
apa yang dihalalkan al-Quran
dan mengharamkan apa yang
diharamkannya. Diwajibkan
pula beradab dengannya dan
berakhlak terhadapnya.
Ketika membaca al-Quran,
seorang Muslim perlu
memperhatikan adab berikut
untuk mendapatkan
kesempurnaan pahala dalam
membacanya.
- Membacanya dalam keadaan
sempurna, suci daripada najis
dan dengan duduk yang sopan
dan tenang. Dianjurkan agar
pembaca berada dalam
keadaan suci.
Imam Haromain berkata:
"Orang yang membaca al-
Quran dalam keadaan najis, dia
tidak dikatakan mengerjakan
hal yang makruh akan tetapi
dia meninggalkan sesuatu
utama".
- Membacanya dengan perlahan
(tartil) dan tidak cepat agar
dapat menghayati ayat yang
dibaca.
Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud: “Siapa saja yang
membaca al-Quran (khatam)
kurang dari tiga hari, bererti
dia tidak memahami. ” (Hadis
Riwayat: Ahmad dan penyusun
Kitab Sunan)
Sebahagian kelompok daripada
generasi pertama membenci
pengkhataman al-Quran sehari
semalam berdasarkan hadis di
atas. Rasulullah memerintahkan
Abdullah Ibnu Umar untuk
mengkhatamkan al-Quran
setiap satu minggu (tujuh hari)
(Muttafaq Alaih). Ini dilakukan
Abdullah bin Mas ’ud, Uthman
bin Affan, Zaid bin Tsabit.
Mereka mengkhatamkan al-
Quran sekali dalam seminggu.
- Membaca al-Quran secara
khusyuk dengan menangis
kerana sentuhan pengaruh ayat
yang dibaca yang menyentuh
jiwa dan perasaan.
Dalam hal ini, Rasulullah
bersabda yang bermaksud:
“ Bacalah al-Quran dan
menangislah, apabila kamu
tidak menangis maka usahakan
menangis kerana ayat yang
engkau baca. ” (Hadis Riwayat:
Al-Bazzar)
Allah s.w.t juga menjelaskan
sebahagian daripada sifat
hamba-Nya yang soleh dengan
firman-Nya yang bermaksud:
“ Dan mereka segera tunduk
sujud itu sambil menangis,
sedang Al-Quran menambahkan
mereka khusyuk. ” (Surah Al-
Isra’: Ayat 109)
- Membaguskan suara
membacanya, sebagaimana
sabda Rasulullah yang
bermaksud: “Hiasilah al-Quran
dengan suaramu.” (Hadis
Riwayat: Ahmad, Ibnu Majah &
Al-Hakim). Dalam hadis lain
dijelaskan: “Tidak termasuk
umatku orang yang tidak
melagukan al-Quran. ” (Hadis
Riwayat: Al-Bukhari dan
Muslim)
Maksud hadis di atas ialah
membaca al-Quran dengan
susunan bacaan yang jelas dan
terang makhroj hurufnya,
panjang pendeknya bacaan,
tidak sampai keluar daripada
ketentuan kaedah Tajwid.
- Membaca al-Quran dimulai
dengan isti ’adzah. Allah
berfirman yang bermaksud:
“ Dan bila kamu akan membaca
al-Quran, maka mintalah
perlindungan kepada Allah
daripada (godaan-godaan)
syaitan yang terkutuk. ” (Surah
An-Nahl: Ayat 98)
- Apabila ayat yang dibaca
dimulai dari awal surah, selepas
isti ’adzah terus membaca
Basmalah dan apabila tidak di
awal surah cukup membaca
isti ’adzah. Khusus untuk surat
At-Taubah, walaupun dibaca
mulai awal surat tidak perlu
membaca Basmalah. Cukup
dengan membaca isti ’adzah
saja.
- Membaca al-Quran dengan
berusaha mengetahui ertinya
dan memahami inti daripada
ayat yang dibaca dengan
beberapa kandungan ilmu yang
ada di dalamnya. Firman Allah
bermaksud: “Maka apakah
mereka tidak memperhatikan
al-Quran, ataukah hati mereka
terkunci ?” (Surah Muhammad:
Ayat 24)
- Membaca al-Quran dengan
tidak mengganggu orang
sedang solat, dan tidak perlu
membacanya dengan suara
yang terlalu keras atau di
tempat yang banyak orang.
Bacalah dengan suara atau
dalam hati secara khusyuk.
Rasulullah bersabda
bermaksud: “Orang yang
terang-terangan (di tempat
orang banyak) membaca al-
Quran, sama dengan orang
yang terang-terangan dalam
sedekah. ” (Hadis Riwayat
Tirmidzi, Nasa’i, dan Ahmad)
Dalam hadis lain dijelaskan:
“ Ingatlah bahawa setiap hari
dari kamu munajat kepada
Rabbnya, maka janganlah salah
satu daripada kamu
mengganggu yang lain, dan
salah satu daripada kamu tidak
boleh mengangkat suara atas
yang lain di dalam membaca
(al-Qur'an). ” (Hadis Riwayat:
Abu Dawud, Nasa'i, Baihaqi dan
Hakim)
Jangan jadikan ibadah yang kita
lakukan sia-sia kerana kita
tidak mengendahkan sunnah
Rasulullah dalam melaksanakan
ibadah membaca al-Quran.
Misalnya, membaca dengan
suara keras pada larut malam,
yang akhirnya mengganggu
orang yang istirahat dan solat
malam.
- Dengarlah bacaan al-Quran.
Jika ada yang membaca al-
Quran, maka dengarlah
bacaannya itu dengan tenang.
Allah berfirman yang
bermaksud: “Dan tatkala
dibacakan al-Quran, maka
dengarlah dan diamlah, semoga
kamu diberi rahmat. ” (Surah Al-
A’raaf: Ayat 204)
- Membaca dengan saling
bergantian. Membaca al-Quran,
boleh dilakukan secara
bergantian dan yang
mendengarnya haruslah dengan
khusyuk dan tenang. Rasulullah
bersabda yang bermaksud:
“ Tidaklah berkumpul suatu
kaum di dalam rumah Allah,
mereka membaca al-Quran dan
saling mempelajarinya kecuali
akan turun atas mereka
ketenangan dan mereka diliputi
oleh rahmat (Allah), malaikat
menyertai mereka, dan Allah
membanggakan mereka di
kalangan (malaikat) yang ada di
sisi-Nya. ” (Hadis Riwayat: Abu
Dawud)
- Melakukan sujud Tilawah
(sujud Sajdah) pada saat selesai
membaca ayat Sajdah, pada
bila-bila masa saja, baik siang
ataupun malam, jika
pembacanya belum batal
daripada wuduk. Tatacara
pelaksanaannya dimulai
daripada takbir, lalu sujud,
kemudian membaca “Subhaana
Rabbiyal A’laa”' (Maha Suci
Rabb-ku Yang Maha Tinggi),
lalu dilanjutkan dengan doa
sujud Tilawah. Selepas itu
bangkit daripada sujud tanpa
takbir dan salam, kerana tidak
ada riwayat daripada Nabi s.a.w
mengenai hal itu, kecuali jika
sujud Tilawah itu dilakukan di
tengah-tengah pelaksanaan
solat, maka ia bertakbir ketika
sujud dan bangkit daripada
sujud.
- Berdoa selepas membaca al-
Quran. Dalam sebuah riwayat
dijelaskan, bahawa sahabat
apabila khatam membaca al-
Quran, mereka berkumpul
untuk berdoa dan
mengucapkan: “Semoga rahmat
turun atas selesainya membaca
al-Quran. ”
Sebuah hadis yang diriwayatkan
daripada Anas bin Malik r.a
dijelaskan bahawa apabila dia
sudah khatam membaca Al-
Quran, dia mengumpulkan
keluarganya dan berdoa. (Hadis
Riwayat: Abu Dawud)
Setiap orang Islam wajib
mengatur hidupnya sesuai
dengan tuntutan al-Quran. Ia
harus dipelihara kesucian dan
kemuliaannya, serta dipelajari
dan difahami ayat-ayatnya.
Pelaksanaan ini adalah sebagai
tanda kita beriman kepada al-
Quran.
SUMBER :
http://www.ipislam.edu.my/

No comments:

Post a Comment