Pada 29 Mei 2011,tatkala semua orang sibuk pergi bercuti pada cuti sekolah ini,aku dan keluargaku menerima satu dugaan yang agak besar daripada Allah. Dimana satu pagi selasa yang hening bertukar mejadi tegang. Tepat pukul 7.30 pagi,adik perempuanku yang bernama Nur Iman telah terkena satu penyakit yang aneh. Entah mengapa dia terkena penyakit tersebut sebelum ini tiada tanda-tanda awal penyakit tersebut. Aku menjadi bingung dan panik,lantas aku menyuruh adik lelaki yang pertama biarlah aku panggilnya abang teh mengejutkan abangku dan menyuruh adikku yang kedua aku panggilnya alang menelefon ibubapaku.
Ibubapaku terus mengankat adikku ke dalam kereta.. Dengar daripada mulut mereka kelihatan adik perempuanku kena sampuk. Mereka memabawa adik perempuan ku ke rumah ustaz yang pertama iaitu Ustaz Adam. Setelah di teliti oleh ustaz Adam ternyata adikku terkena bawaan Jin. Dia mengubati sedaya upaya adikku tapi apakan daya tidak berjaya. Kata ustaz Adam,dia menyuruh kami sekeluarga cuba rawatan tradisional melepaskan jin. Selepas itu ibubapaku membawa adikku itu ke rumah dukun yang agak terkenal jugak la. Selepas di amati dan di ubati tidak ada respon dari adikku.. Kata dukun tesebut ini hanyalah salah makan. Aku yang tidak berpuas hati dengan penjelasan dukun tersebut menyampuk dengan mengatakan bahawa salah makan apa begini sampai tidak sedarkan diri. Kata-kataku tidak di hiraukan,lantar ibubapaku memabawa adikku ke hospital jertih.. Dari air muka ibubapaku ternyata mereka amat sedih sehingga menitiskan air mata. Aku cuba menenangkan mereka dengan mengatakan bahawa ini semua sudah ketentuan Allah,kita sesekali tidak akan dapat melawannya. Selepas adikku di masukkan ke hospital jertih selepas di periksa doktor mengesyaki adikku terkena jangkitan kuman di otak,tetapi itu hanyalah tanggapan sebelum ujian darah keluar. Kak long ku yang juga seorang Ustazah di sebuah sekolah tiba di hospital tersebut. Dia memberi cadangan supaya adikku di masukkan ke Specialist Perdana. Kemudian adikku di bawa ke specialist perdana.. Selepas pemeriksaan doktor,tidak terdapat apa apa kuman dalam kepala adikku. Aku kebingungan. Doktor mendapati ada tekanan di dalam kepala adikku tetapi tidak mengetahui ia berpunca daripada apa. Kemudian adikk di hantarkan ke HUSM untuk pemeriksaan air tulang belakang. Aku terlalu takut jika menyebabkan adikku diambil air tulang belakang. Tp apakan daya ia untuk pemeriksaan. Selapas ujian air tulang belakang tersebut diambil ternyata tidak terdapat kuman di dalamnya. Semua ahli keluargaku kebingungngan. Kak long aku terus berjumpa dengan seoran ustaz. Ustaz tersebut mengatakan bahawa adikku telah terkena sihir. Tahulah aku kini apa puncanya. Adik aku telah sedarkan diri pada 1 Jun 2011.
Aku bersykur ke hadrat Allah. Tetapi adikku ini belum sembuh sepenuhnya lagi. Kak long ku sekali lagi meminta bantuan seorang lagi Ustaz untuk membuang sihir tersebut. Dan pembuangan sihir akan di buat dua hari lagi iatu pada 7 Jun 2011.....
No comments:
Post a Comment