Setelah Universiti membuka sidang baru, saya telah ditugaskan untuk membentangkan satu tajuk dalam kajian penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif. Tajuk yang saya dapat untuk dibentangkan ialah........
Sumber rujukan
Positivisme dan Interpretisme merupakan dua pendekatan sains Sosial yang
sangat penting. Terangkan kedua-dua pendekatan ini dengan menggunakan contoh-contoh yang
sesuai dalam Sains Sosial
Skop Umum
•Definisi Positivisme
•Pandangan Sarjana
Barat mengenai Positivisme
•Hukum Positivisme
•Contoh pendekatan Positivisme ini dalam Sains Sosial
•Definisi Interpretisme
•Contoh-contoh pendekatan Interpretisme ini dalam Sains Sosial
•Perbandingan diantara Positivisme dan Interpretivisme
Definisi Positivisme
Positivisme ialah suatu
falsafah tentang sosiologi manusia yang perlu dikaji secara bentuk saintifik
atau kuantitatif. Ahli falsafah positivisme berpendapat bahawa kehidupan sosial
terdiri daripada fakta-fakta dan unsur-unsur yang boleh dikaji seperti alam
semulajadi. Positivisme mencari undang-undang tingkah laku sosial
menggunakan kaedah sains dan logic. Positivisme lebih melihat kepada sosiologi
institusi dalam masyarakat (makro Sosiologi).
Definisi Positivisme mengikut sarjana
Barat
Menurut Auguste Comte yang juga pengasas positivisme
pada abad ke 19 menyatakan bahawa dunia
fizikal beroperasi mengikut gariviti dan hukum-hukum alam, begitu juga
masyarakat yang beroperasi mengikut undang-undangnya tersendiri.
Huraian
Positivisme secara umumnya bersifat objektif, ia
melihat kebenaran dari sudut pengalaman empirikal. Pengalaman empirikal yang
boleh diuji dan diteorikan dalam bentuk model ruang atau pengalaman empirikal-
yang boleh diuji dan diteorikan dalam bentuk model ruang atau Positivisme
menekankan hukum-hukum universal yang boleh diyakini. Positivisme menekankan
kepentingan hukum-hukum universal yang diyakini boleh menjelaskan dan
meramalkan semua fenomena ruangan di atas lanskap bio-fizikal dan sosio-budaya
manusia
Kritikan Sarjana barat
Menurut Foucault, kaum Positivisme terlalu percaya
bahawa objektif itu ada
Menurutnya lagi, tidak ada sesuatu yang objektif,
kerana segala sesuatu subjektif, segalanya memilik ruang cipta ketika sebuah
pengetahuan disusun. Bahkan pengetahuan itu sendiri muncul sebagai sesuatu yang
subjektif dalam fungsinya.
Kritikan Sarjana Islam
Sarjana Islam tidak bersetuju dengan hukum positivisme
kerana ia bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam. Ia bercanggahan dengan
prinsip Islam kerana menyalahi prinsip adil dalam Islam.
Kritikan Sarjana Lain-lain
Umer Chapra ketika membicarakan perihal ekonomi Islam
dalam bukunya 'The Future of Economy' turut membicarakan isu ini. Mereka telah
membicarakan perbezaan ekonomi Islam berbanding ekonomi konvensional di
antaranya ialah berhubung falsafah positivisme yang menjadi tonggak ideologi
ekonomi konvensional (kapitalisme dan Sosialisme).
Hukum-hukum Positivisme (Positivisme Law)
Fenomenalisme
Perkara yang berlaku berdasarkan pengalaman tulen.
Atomisme
Perkara yang
berlaku berdasarkan objek pengalaman yang wujud berasingan, menganalisa
fakta-fakta secara logik matematik.
Hukum-hukum
umum
Perkara yang
berlaku secara semulajadi.
Nominalisme
Perkara
berlaku yang menolak nilai abstrak.
Pernyataan
Normatif
Perkara yang
membezakan fakta dan nilai
Contoh-contoh
pendekatan Positivisme ini dalam Sains Sosial
Salah satu
Contoh positivisme dalam sains sosial adalah EMOSI. Emosi tidak boleh disahkan
secara abstrak kerana tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sekiranya emosi
boleh dilihat dengan aksi-aksi tertentu dan boleh dilihat maka ia bersifat
objektif dan boleh bertukar kepada ilmu objektif
INTERPRETIVISME
Definisi Interpretivisme
Interpretisme
menentang hukum Positivisme. Interpretisme ialah memahami makna sosial dalam
konteks belajar daripada orang yang dikaji. Intrepretisme melihat sifat semula
jadi manusia sebagai sesuatu sifat yang dicipta oleh manusia dalam kehidupan
sosial ini. Interpretisme melihat pengetahuan umum adalah sebagai bentuk
pengetahuan sains yang amat penting
Huraian
Interpretivisme
melihat deskripsi iaitu gambaran umum bagaimana makna-makna yang diwujudkan dan
diteruskan. Interpretivisme adalah betul
pada orang yang dikaji. Interpretivisme merupakan bukti baik yang terkandung
dalam konteks sosial yang tertakluk kepada interaksi sosial. Interpretivisme
pula mengambil suatu orientasi praktikal, iaitu pengetahuan membantu kita
memahami dan berkongsi pengalaman dan dunia kehidupan yang dialami orang lain
Contoh
Interpretivisme
boleh mengukur benda yang bukan abstrak seperti metafizik dan psikologi. Interpretivisme
boleh mengukur emosi berdasarkan tingkah laku. Interpretivisme melihat benda
dalam perspektif yang berbeza. Boleh memahami emosi berdasarkan pengalaman diri
dan orang lain melalui temubual, permerhatian dan sebagainya.
Sumber rujukan
Lester F. Ward,
The Outlines of Sociology (1898)
Mohammad Adib, Filsafat Ilmu: Ontologi, Epistemologi, Aksiologi, dan
Logika Ilmu Pengetahuan,
(Yogyakarta: Pustaka Pelajar, 2011), Cet. II, h. 118.
Gilson, Gregory D. and Irving W. Levinson, eds. Latin
American Positivism: New Historical and Philosophic Essays (Lexington Books;
2012) 197 pages; Essays on positivism in the intellectual and political life of
Brazil, Colombia, and Mexico,
Kremer-Marietti, Angèle. L'Anthropologie positiviste
d'Auguste Comte, Librairie Honoré Champion, Paris, 1980.
Kremer-Marietti, Angèle. Le positivisme, Collection
"Que sais-je?",Paris, PUF, 1982.
LeGouis, Catherine. Positivism and Imagination: Scientism
and Its Limits in Emile Hennequin, Wilhelm Scherer and Dmitril Pisarev.
Bucknell University Press. London: 1997.
Mill, John Stuart. August Comte and Positivism.
Mises, Richard von. Positivism: A Study In Human
Understanding. Harvard University Press. Cambridge; Massachusetts: 1951.
Pickering, Mary. Auguste Comte: An Intellectual Biography.
Cambridge University Press. Cambridge, England; 1993.
Richard Rorty (1982) Consequences of Pragmatism
Schunk, Dale H. Learning Theories: An Educational
Perspective, 5th. Pearson, Merrill Prentice Hall. 1991, 1996, 2000, 2004, 2008.
"Positivism." Marxists Internet Archive. Web. 23
Feb. 2012. <
http://www.marxists.org/reference/subject/philosophy/help/mach1.htm>.
Whetsell, Travis and Patricia M. Shields (forthcoming)
"The Dynamics of Positivism in the Study of Public Administration: A Brief
Intellectual History and Reappraisal, Administration & Society.
(doi:10.1177/0095399713490157)
Sa
Info yang bermanfaat . Keep it up En Ikhwan :)
ReplyDeletetq.. info yg bermanfaat. aku paste utk bhn bacaan. halalkan ye..
ReplyDeleteterimakasih sangat sangat.saya mendapati sememangnya terdapat kelompongan disitu berbanding di indobesia.atau kerana bilangan rakyatnya yang ramai barangkali.tahniah atas usaha anda dan semoga diberkati..
ReplyDeleteterimakasih sangat sangat.saya mendapati sememangnya terdapat kelompongan disitu berbanding di indobesia.atau kerana bilangan rakyatnya yang ramai barangkali.tahniah atas usaha anda dan semoga diberkati..
ReplyDeletesaya minta izin salin dan tampal terima kasih
ReplyDelete