Search This Blog

Thursday, June 9, 2011

Ya Allah

"Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta padaNya. Setiap waktu Dia
dalam kesibukan." (QS. Ar-
Rahman:29)
Ketika laut bergemuruh,ombak menggunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru: "Ya Allah!"
Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir,kendaraan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya, mereka akan menyeru: "Ya Allah!"
Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah!"
Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: "Ya Allah!"
Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa menyempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka pun menyeru: "Ya Allah!"
Ketika bumi terasa menyempit dikarenakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa serasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus anda pikul,menyerulah: "Ya Allah!"
Kuingat Engkau saat alam begitu gelap gulita, dan wajah zaman berlumuran debu hitam. Kusebut namaMu dengan lantang di saat fajar menjelang, dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah. Setiap ucapan baik, doa yang tulus, rintihan yang jujur, air mata yang menetes penuh keikhlasan, dan semua keluhan yang menggundahgulanakan hati adalah hanya pantas ditujukan ke hadiratNya.Setiap dini hari menjelang, tengadahkan kedua telapak tangan, julurkan dengan penuh harap, dan arahkan terus tatapan matamu ke arahNya untuk memohon pertolongan! Ketika lidah bergerak, tak lain hanya untuk menyebut, mengingat, dan berdzikir dengan namaNya. Dengan begitu, hati akan tenang,jiwa akan damai, syaraf tak lagi menegang, dan iman kembali berkobar-kobar.Demikianlah, dengan selalu menyebut namaNya, keyakinan akan semakin kokoh. Kerana, "Allah Maha Lembut terhadap hamba- hambaNya." (QS. As Syura:19)
ALLAH: nama yang paling bagus, susunan huruf yang paling indah, ungkapan yang paling tulus, dan kata yang sangat berharga. "Apakah kamu tahu ada seseorang yang sama dengan Dia [yang patut disembah]?" (QS.
Maryam:65) ALLAH: milikNya semua kekayaan, keabadian,kekuatan, pertolongan,kemuliaan, kemampuan,dan hikmah.
"Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Milik Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan." (QS Ghafir:16)
ALLAH: dariNya semua kasih sayang, perhatian, pertolongan, bantuan, cinta, dan kebaikan. "Dan, apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah lah (datangnya)." (QS. An-Nahl:53)
ALLAH: pemilik segala keagungan, kemuliaan,kekuatan, dan keperkasaan Betapapun kulukiskan keagunganMu dengan deretan huruf, KekudusanMu tetap meliputi semua arwah. Engkau tetap Yang Maha Agung, sedang semua makna, akan lebur,
mencair, di tengah keagunganMu, wahai Rabku.
Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagiaan, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tentram. Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.
Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa mengantuk dariMu yang menentramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Dan,ganjarlah dengan kemenangan yang nyata.
Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahayaMu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalanMu yang lurus.Dan tuntunlah orang-orang yang menyimpang dari jalanMu merapat ke hidayahMu.
Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran.Hempaskan semua tipu daya setan dengan bantuan bala tentaraMu.
Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua. Kami berlindung kepadaMu dari setiap rasa takut yang mendera. Hanya kepadaMu kami bersandar dan bertawakkal. Hanya kepadaMu kami memohon dan hanya dariMu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.

Wednesday, June 8, 2011

Buku

Aku sekarang tengah membaca sebuah buku yang agak menarik jugaklah. Buku Laa Tahzan banyak memberi motivasi kepadaku. Ingin aku kongsi jugaklah kandungan buku ni kepada semua semoga menjadi teladan kepada semua

Sunday, June 5, 2011

Penyakit yang tidak di ketahui

Pada 29 Mei 2011,tatkala semua orang sibuk pergi bercuti pada cuti sekolah ini,aku dan keluargaku menerima satu dugaan yang agak besar daripada Allah. Dimana satu pagi selasa yang hening bertukar mejadi tegang. Tepat pukul 7.30 pagi,adik perempuanku yang bernama Nur Iman telah terkena satu penyakit yang aneh. Entah mengapa dia terkena penyakit tersebut sebelum ini tiada tanda-tanda awal penyakit tersebut. Aku menjadi bingung dan panik,lantas aku menyuruh adik lelaki yang pertama biarlah aku panggilnya abang teh mengejutkan abangku dan menyuruh adikku yang kedua aku panggilnya alang menelefon ibubapaku.
Ibubapaku terus mengankat adikku ke dalam kereta.. Dengar daripada mulut mereka kelihatan adik perempuanku kena sampuk. Mereka memabawa adik perempuan ku ke rumah ustaz yang pertama iaitu Ustaz Adam. Setelah di teliti oleh ustaz Adam ternyata adikku terkena bawaan Jin. Dia mengubati sedaya upaya adikku tapi apakan daya tidak berjaya. Kata ustaz Adam,dia menyuruh kami sekeluarga cuba rawatan tradisional melepaskan jin. Selepas itu ibubapaku membawa adikku itu ke rumah dukun yang agak terkenal jugak la. Selepas di amati dan di ubati tidak ada respon dari adikku.. Kata dukun tesebut ini hanyalah salah makan. Aku yang tidak berpuas hati dengan penjelasan dukun tersebut menyampuk dengan mengatakan bahawa salah makan apa begini sampai tidak sedarkan diri. Kata-kataku tidak di hiraukan,lantar ibubapaku memabawa adikku ke hospital jertih.. Dari air muka ibubapaku ternyata mereka amat sedih sehingga menitiskan air mata. Aku cuba menenangkan mereka dengan mengatakan bahawa ini semua sudah ketentuan Allah,kita sesekali tidak akan dapat melawannya. Selepas adikku di masukkan ke hospital jertih selepas di periksa doktor mengesyaki adikku terkena jangkitan kuman di otak,tetapi itu hanyalah tanggapan sebelum ujian darah keluar. Kak long ku yang juga seorang Ustazah di sebuah sekolah tiba di hospital tersebut. Dia memberi cadangan supaya adikku di masukkan ke Specialist Perdana. Kemudian adikku di bawa ke specialist perdana.. Selepas pemeriksaan doktor,tidak terdapat apa apa kuman dalam kepala adikku. Aku kebingungan. Doktor mendapati ada tekanan di dalam kepala adikku tetapi tidak mengetahui ia berpunca daripada apa. Kemudian adikk di hantarkan ke HUSM untuk pemeriksaan air tulang belakang. Aku terlalu takut jika menyebabkan adikku diambil air tulang belakang. Tp apakan daya ia untuk pemeriksaan. Selapas ujian air tulang belakang tersebut diambil ternyata tidak terdapat kuman di dalamnya. Semua ahli keluargaku kebingungngan. Kak long aku terus berjumpa dengan seoran ustaz. Ustaz tersebut mengatakan bahawa adikku telah terkena sihir. Tahulah aku kini apa puncanya. Adik aku telah sedarkan diri pada 1 Jun 2011.
Aku bersykur ke hadrat Allah. Tetapi adikku ini belum sembuh sepenuhnya lagi. Kak long ku sekali lagi meminta bantuan seorang lagi Ustaz untuk membuang sihir tersebut. Dan pembuangan sihir akan di buat dua hari lagi iatu pada 7 Jun 2011.....