Search This Blog

Wednesday, December 5, 2012

Kekejaman Terbaru Israel Ke atas Gaza

FREE PALESTINE!!!!!!!!!!!!


Masihkah anda ingat, tanggal awal Muharam pada tahun 2008, dimana Israel telah menyerang Gaza habis-habisan, beratus penduduk Palestin dan beribu cedera parah akibat terkena tembakan peluru berpandu, tembakan Peluru  sulfur putih yang menyebabkan rakyat gaza melecur seluruh badan dalam jangka masa yang panjang. kekejaman itu telah menyebabkan penduduk gaza merana selama beberapa hari. bukan jam tapi hari. Bayangkan jika anda salah seorang ditempat mereka, bangun pagi bukan lihat nasi, roti canai. Bangun pagi, nampak Peluru Nampak Mayat. kekejaman yang yang tidak boleh diterima.

Gambar terbaru Kekejaman Israel keatas Gaza





Beginilah Keadaan saudara kita yang berada di Palestine. Jika kita tidak mampu untuk turut berjuang, berdoa juga merupakan satu Usaha. Bersama kita berdoa agar suatu hari Palestine akan dibebaskan daripada cengkaman Orang-orang  Zionis

ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!





Friday, September 28, 2012

Misteri Dr Mahathir Mohamad (PART 1)



Biodata Tun Dr Mahathir Mohammad

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. 



Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura


Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.


Penglibatan Secara Serius di dalam arena Politik Di Malaysia

Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan senario politik negara.

Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak ke Rahmatullah dan perlantikan Tun Hussein Onn sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan Presiden UMNO, Dr. Mahathir telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dimasa yang sama menjadi Timbalan Presiden Parti.


Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan parti. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun.

Beliau Telah Menjadi Perdana Menteri Selama 22 tahun.

TAPI TAPI TAPI TAPI!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pernahkah Anda terfikir dia seorang yg MISTERI kepada kita semua

AKAN BERSAMBUNG...............

Monday, September 17, 2012

PSY Oppa Gangnam Style dan Kaitannya dengan Islam


Isu  yg x seberapa nak baru. Jika banding dengan isu Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad lagi baru isu tu.

Topik Hangat Di Seluruh dunia


Jika ada twitter korang semua boleh tengok PSY OPPA GANGNAM STYLE trending selama 6 hari 5 malam berturut turut. satu pencapaian yg amat membanggakanlah. Sebab apa boleh dibangga, sebab trending rwitter pun paling lama 2 atau 3 hari. Lagu JUSTIN BIBIR pun kalah gak ngan mamat ni.


selama mana trending  itu tidaklah penting bagiku rasanya. Bukan mahu mengulas famous atau tidak OPPA GANGNAM STYLE ni, tapi mahu menulis tentang penularan lagu OPPA GANGNAM STYLE di Malaysia sehingga ke beberapa buah insitusi Pengajian Tinggi.


Betulkah?


Satu Pemerhatian Serius. itu memang benar

TAPI TAPI TAPI TAPI

Adakah mereka sengaja Menari atau hanya menggunakan lagu itu sebagai Medium SENAM EROBIK.

Manusia oh Manusia

Cepat sangat menghakimi sesama manusia tanpa mengetahui yg tersirat.

memang betul mereka gunakan lagu itu, tetapi hanya untuk senam erobik.

Ramai yg menuduh bermacam macam, kata apa jadi dengan INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SEKARANG, mengapa makin teruk. Semuanya hanya tanggapan sahaja.

Saya di sini bukan ingin membela Lagu Oppa GangNam Style tapi mahu merubah persepsi awam terhadap sesuatu benda.

Satu lagi benda yg x vbleh blah aku dengar OPPA GANGNAM STYLE ADA KAITAN DENGAN PENGHINAAN ISLAM.


BENAR ATAU TIDAK SEBENARNYA NI?


Mereka mendakwa cara tarian Oppa Gangnam Style macam naik kuda yg menyamai naik buroq. dan lambang silang itu lambang Salib.



Bika kita kaji. Rasanya itu tidak benar

Cuba kita lihat Lirik OPPA GANGNAM STYLE


Seorang gadis yang panas dan humanle pada siang hari
Seorang gadis bergaya yang tahu bagaimana untuk menikmati kebebasan secawan kopi
Seorang gadis yang hatinya semakin panas apabila malam datang
Seorang gadis dengan jenis yang piuh

Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang adalah seperti panas seperti anda pada siang hari
Seorang lelaki yang satu-tembakan kopinya sebelum ia juga menyejuk
Seorang lelaki yang hatinya pecah apabila malam datang
Itu jenis lelaki

Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir

Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam

Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh

Seorang gadis yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia memainkan
Seorang gadis yang meletakkan rambutnya apabila masa yang sesuai datang
Seorang gadis yang meliputi dirinya tetapi adalah lebih seksi daripada seorang gadis yang bares semua
Seorang gadis sensable seperti itu

Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia bermain
Seorang lelaki yang pergi sepenuhnya gila apabila datang masa yang sesuai
Seorang lelaki yang telah membonjol idea dan bukannya otot
Itu jenis lelaki

Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Sekarang mari kita pergi sehingga akhir

Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam

Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh

Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua

Anda tahu apa yang saya cakapkan
Oppa adalah gaya Gangnam



Tengok.

Dah katakan itu Semua tak Benar.

Tegaskan Sekali Lagi, Saya bukan Menyokong benda ni tapi penipuan yg di buat boleh membangkitkan kebencian terhadap Islam.

APA KATA BIGBOS KITA TENTANG GANGNAM STYLE?


Haaaaa Dah Cakap dia pun lebih suka kita memahami ISLAM. Hehe

JADI KURANGKAN BUDAYA HINDONISME SEMUA YE ^.^

Sunday, September 16, 2012

Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad SAW dalam filem innoncence muslim




Update terbaru untuk tahun ni setelah hampir lapan bulan aku terasa putus asa  -__-"

Selepas Melihat Trailer "innoncence Muslim" datang suatu semangat yg merasuk.  *pernah tengok citer melayu tajuk santau x?*. Rasukan untuk bangkit menentang penghinaan terhadap Rasulullah di dalam filem innoncence muslim.

Adakah Umat Islam Sudah Tersedar Atau Masih Di ulit Oppa Gangnam Style?

Aku juga juga seorang Muslim 


Tetapi aku juga terasa dengan apa yg mereka filemkan.

JIKA KITA BOLEH BANGUN MENENTANG JIKA ORANG MENGKRITIK ARTIS, KENAPA TIDAK KITA BANGUN MENENTANG FILEM.

Antara kandungan filem itu adalah persetubuhan dan pembunuhan.

PART PERSETUBUHAN ITULAH YG PALING MENJIJIKKAN DAN YG PALING MENGHINA. JIKA DULU UMAT ISLAM DI GELAR TERRORIST SEKARANG KITA DI LEBEL SEBAGAI SUKA AKAN S***S.

Bangkitlah WAHAI UMAT ISLAM di dalam tidur yang lena. Bangkit menentang Barat. sebarkan kebencian terhadap mereka. Jika ideology mereka boleh tersebar, mengapa kita tidak boleh bangkit menentang?


Renungkanlah


Tuesday, April 24, 2012

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
zaman Rasullullah saw, nilai seekor kambing adalah 1 dinar, zaman kerajaan melayu melaka pun seekor kambing bersamaan 1 dinar, sekarang pun harga kambing tetap 1 dinar. Tgk la betapa kebalnya Dinar emas terhadap inflasi.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.

15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan
pelindung pada satelit buatan manusia.

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah
paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.

36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)

52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.

53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.

54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.

55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.

56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.

58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.

59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.

60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.